Pengacara 999 telah diculik di Astana Era Mewah, suspek disyaki orang dalam TV3 juga..Apa nak Jadi Ni??..


KUALA LUMPUR: Pasangan personaliti TV3, #Hazlin Hussain dan #Mior Abdul Malek Raiyani selamat disatukan pada majlis pernikahan di Astana Era Mewah, Sungai Buloh, kelmarin. Pengacara program 999 dan pembaca berita TV3 itu mula menjalin persahabatan ketika sama-sama menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2003. Biarpun memilih jurusan berbeza, minat mendalam dalam bidang seni dan persembahan menyatukan mereka. 

"Jodoh ini memang rahsia Allah. Kami tidak sangka sebenarnya jodoh ada di depan mata. Kami juga tidak menyedari hakikat itu walaupun sudah berkawan baik lebih daripada 10 tahun. "Selama ini kami masing-masing bersembang mengenai jodoh, rupanya yang di depan mata itu adalah jodohnya. Semoga perkahwinan kami dirahmati oleh Allah. "Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu kelancaran majlis," katanya kepada BH Online. Pasangan personaliti ini yang masing-masing berusia 32 tahun ini mengikat tali pertunangan pada 8 Mac lalu..